Saturday, 5 January 2013

2013


Selamat Datang 2013. Pejam celik waktu telah meninggalkan aku jauh ke belakang. Apa yang aku kejar belum aku temui. Apa pencapaian aku pada tahun lepas? Entahla. Tahun ini aku harus lebih kental dalam mengejar apa yang aku impikan.

Bermacam suara yang membisik telingaku "Iyala tu" "Boleh ka?" "Cukuplah berangan". Kenapa seringkali jika kita mahu mengerjakan sesuatu pasti ada bunyi yang kurang enak bernyanyi di persekitaran kita. Adakah terlalu indah angan-anganku dan impianku? aku tidak perlukan sebuah istana dan juga sebuah kerajaan yang hanya patuh pada kata-kataku. TIDAK. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...