Wednesday 9 January 2013

Kembara seorang Pengembara...


Kini aku tiada lagi arah.. laluan masa yang aku jejaki tidak berpenghujung.. di mana penghujungnya? di mana perhentiannya? adakah jawapannya tiada bagi semua persoalanku? mungkin penghujungnya adalah hembusan nafas terakhir seorang pengembara?



Takkan terkejar masa yang berlalu. Biar putus nafas sekalipun dia tetap akan meninggalkan kita tanpa sebarang jejak. Yang tinggal hanyalah sang pengembara yang terkapar-kapar lemas pada sisa-sisa masa.

Roda

Cantik Sport Rim ni.. kekeke :D
Hidup kita di dunia ni umpama roda. Kadang-kadang di atas, kadang-kadang di bawah. Ada masa kita senang, kita selesa, kita gembira tetapi ada kalanya pula kita gelisah, kita susah, dan juga menderita. Tatkala kita di atas usahlah kita lupa dan alpa kepada mereka yang di bawah kerana hanya dengan sesaat kita boleh jatuh ke bawah bersujud menyembah bumi. Dunia........ dia tak akan berhenti seketika walaupun kita digilis roda di lebuhraya persekutuan. Itulah realitinya. Jadi berhati-hati di jalan raya. Ah dah start melalut. Stop.

Bangun dari tidur...

p/s: Saat kita di bawah akan datang berbagai2 cubaan.. samada ujian dari Allah atau pun balasan untuk apa yg telah dilakukan.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...